Kepada semua pemain sepak raga tuju seMalaysia....
Saya ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa bagi saudara-saudariku umat Muslim
dan Muslimah yang dirahmati Allah semoga pada Ramadhan kali ini kita
dapat menjalankannya dengan penuh keikhlasan dan kekhusyuan dan semua
amal ibadah kita di Ridhoi Allah SWT…Amiiin Allahuma Amiiin.
Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
kami d manggosteen tree club meminta maaf setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi
Taqobalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir batin atas segala kesalahan saya dan rakan-rakan.
Bagi yang melaksanakannya, saya ucapkan selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan.
Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.
Manggosteen tree club bulan posa pon ada main,, silalah kalau berhajat. game start 10.30 mlm
11 Ogos, 2010
31 Julai, 2010
D' manggosteentree club
Inilah dia tempat kami>mangggosteentree club. Tempat kamu ni hanya aktif waktu malam, siang hari jarang sangat. Kami telah menubuhkan tempat ni dah hampir 4 tahun. Ramai pemain pemain baru dilahirkan di sini. Otai-otai juga main gak kat tempat kami. Tempat ni dinamakan manggosteentree kerana disini dikelilingi dengan pokok manggis. Semua d jemput hadir untuk bermain d tempat kami!!
![]() |
siap nk bertarung |
![]() |
tad mengelecek bola |
![]() |
ni aa wan botak |
![]() |
hairi tangkap |
![]() |
mat karat menghembus bola |
![]() |
Ed pulaih |
![]() |
man sakit perut |
![]() |
libasan tanpa bayang |
![]() |
Ed ngan Pk Tam |
![]() |
Bola ilang |
![]() |
petarung |
![]() |
kole elok!! |
Lokasi: Bayan Lepas belakang flat Sri Bayu.
Masa: 9.30 mlm (hujan lebat tutup)
jika hendak hadir silalah berhubung dengan saya, insyaallah anda tidak akan d hampakan. Jangan lupa bawa kasut sekali ngan peluru yg sempoi2..hehehe..
Disini juga kami menyediakan tempat untuk training tuju kotak, sesiapa yg nak masuk pertandingan, bolehlah datang ke tempat kami ni. insyaallah kami ada plan untuk anjurkan pertandingan persahabatan d sini. Masih lagi dalam perbincangan.
Disini juga kami mengucap kan Terima Kasih yg tak terhingga kepada Tok pengulu pokok manggis dan warga sekeliling yg begitu sporting dan memberi sokongan agar manggosteentree club ini d tubuhkan.
D' TELUK BAYU
![]() |
Teluk Bayu |
![]() |
tankap jgn x tangkap |
![]() |
Mat Karat |
![]() |
kaki pukoi |
![]() |
kaki tangkap pun dia |

Salam kepada semua!!! Di sini ada info untuk pemain sepak raga tuju seMalaysia. Di Penang pada setiap hari Ahad dan public holiday, datanglah ke Teluk Bayu. Disamping main sepak raga tuju, boleh juga berkelah di sana. Kaki pancing juga bleh cuba nasib kat situ. Bawa lah family bersama. Game start dari 10 pagi sampai 3 ptg. Minuman juga disediakan oleh tok penghulu (SURI)
30 Julai, 2010
Pertandingan Sepak Raga Tuju Persahabatan d Kg Besar.
![]() |
team manggosteen3 |
![]() |
aris |
![]() |
mat karat pukoi |
![]() |
team ni a champ(tad,wan,mat) |
![]() |
ketiga |
![]() |
ketiga |
![]() |
kedua |
![]() |
tempat pertama,kedua dan ketiga |
![]() |
champion |
29 Julai, 2010
Geng sputter di Manjung.

Pasal sepak raga tuju ni, aku gila sikit. Manjung tempat asal aku, dulu aku x kenal langsung sepak raga tuju ni. Sejak aku menetap di Pulau Pinang baru aku kenal permainan ni.
tapi skarang bila aku balik manjung x ada masalah, sebab sepak raga tuju ni ada kat sana. Dia orang main kat MPM tiap2 petang, kadang2 malam pun ada. Setiap Ahad ada kat Telok Batik.
Video ni masa aku bawa geng tempat keja aku pergi main di Manjung. Memang puas hati!! Gambar pun ada!!!
Assalammualaikom kepada pemain2 sepak raga tuju seMalaysia...
salam untuk semua pemain-pemain Sepak Raga Tuju seluruh malaysia,karnival ini akan berlangsung pada bulan OKTOBER 2010.!!!tentunya di Langkawi yang digelar sebagai bandaraya perlancongan yang telah dikenali diseluruh dunia...marilah kita sama-sama gegarkan dengan rejaman-rejaman kilat peserta-peserta.....ayuh kawan2...!!! nantikan borang penyertaan yang akan dipaparkan sedikit masa lagi...hadiah wang tunai yang sungguh LUMAYAN!!!!!
Salim Sport anjur kejohanan terbesar
Salim Sport anjur kejohanan terbesar
SUNGAI PETANI- Salim Sport yang julung kali menganjurkan Kejohanan Sepak Raga Tuju Piala Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) 2010, tidak menyangka sebanyak 80 pasukan berkumpul menyertai kejohanan berkenaan.
Pengerusi Eksekutif Salim Sport Sdn Bhd, Datuk Mohd Salim Abd Bari berkata, pasukan yang menyertai kejohanan julung kali diadakan pihaknya bersama MPSPK dan Tesco Sungai Petani Selatan itu, di luar jangkaan.
Menurutnya, sebelum ini pihaknya hanya menganjurkan karnival sepak raga tuju, namun kali ini mereka menganjurkan kejohanan bagi mengumpul peminat sukan tradisional masyarakat Melayu itu.
“Pasukan yang menyertai kejohanan ini datang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan sebagainya dan membawa pasukan masing-masing seawal jam 8 pagi berhimpun di tingkat satu, tempat letak kereta Tesco Sungai Petani Selatan.
“Sukan ini popular dalam kalangan rakyat, dan bebas untuk dimainkan tanpa perlu ada gelanggang dan sebagainya. Kejohanan ini adalah salah satu cara mempromosikan acara sukan ini agar dapat diberikan perhatian hingga tahap antarabangsa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Salim berkata, hadiah keseluruhan yang ditawarkan kepada pemenang kejohanan adalah RM5,000 dan beliau berterima kasih kepada pihak yang sudi bekerjasama menjayakan kejohanan ini.
Seorang peserta yang mahu dikenali sebagai Sham, 32, berkata, kejohanan yang dianjurkan Salim Sports ini adalah kejohanan terbesar di utara dan pasukannya tidak mahu melepaskan peluang menyertainya.
“Hadiah yang ditawarkan juga lumayan dan ini kali pertama kejohanan sepak raga tuju diadakan, di sini. Sebelum ini kami hanya bermain sendirian dan menyertai karnival sepak raga tuju sahaja.
“Saya berharap, penganjur mengambil inisiatif untuk menganjurkannya setiap tahun untuk menghimpunkan peminat sepak raga tuju di bawah satu bumbung,” katanya kepada Sinar Harian.

©2010 | Hak Cipta Terpelihara Akhbar Cabaran Sdn Bhd |
26 Julai, 2010
Pertandingan sepakraga tuju di perlis pula pd 7,8/08/2010 ni....kita serbu ramai2. Kepada yang tewas di TESCO SP baru2 ni, jom kita kesana.!!!
wanbotak@manggosteen3: Sepak raga tuju
wanbotak@manggosteen3: Sepak raga tuju: "salam kepada pemain pemain sepak raga tuju seluruh malaysia!!"
25 Julai, 2010
Sepak raga tuju
salam kepada pemain pemain sepak raga tuju seluruh malaysia!!
Langgan:
Catatan (Atom)